Video muzik ‘Ddu Du Du Ddu’ Blackpink pecah rekod BTS - K Pop | mStar

Video muzik ‘Ddu Du Du Ddu’ Blackpink pecah rekod BTS

Diterbitkan: Sabtu, 21 Julai 2018 5:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN Blackpink menjadi kumpulan muzik wanita Kpop yang berjaya mencuit perhatian dunia.

Mini album yang dilancarkan di Korea berjudul Square Up bukan sahaja laris di negara itu, malah diterima di seleuruh dunia.

Dua lagu utama iaitu Ddu Du Du Ddu dan Forever Young menjadi lagu kegemaran ramai dalam album tersebut.

Muzik video Ddu Du Du Ddu yang dilancarkan pada 15 Jun lalu kini telah mendapat sebanayak 200 juta tontonan dalam tempoh 33 hari dan 23 jam.

Ia sekaligus memecahkan rekod sebelum ini yang dipegang oleh BTS menerusi lagu Fake Love yang memperoleh 200 juta tontonan dalam tempoh 44 hari.

Blackpink bukan sahaja berjaya dalam bidang muzik, malah mendapat perhatian menjadi bintang iklan.

Tags / Kata Kunci: Blackpink , BTS
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan