Peminat kurang senang Sooyoung tukar nama IG - K Pop | mStar

Peminat kurang senang Sooyoung tukar nama IG

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2018 5:00 AM

(Ubah saiz teks)

AHLI Girls Generation Sooyoung mengumumkan telah menukar nama akaun Instagramnya daripada @hotsootuff kepada @sooyoungchoi.

Perkara tersebut turut diberitahu oleh agensi baharunya Echo Global Group menerusi satu kenyataan.

"Hai semuanya, kami ingin mengumumkan bahawa Sooyoung menggunakan nama akaun rasminya @sooyoungchoi di Instagram.  Kami minta maaf atas kesulitan ini," tulisnya.

Bagaimanapun, segelintir peminatnya meluahkan rasa kurang senang dengan pertukaran tersebut.

Rata-rata mereka beranggapan, wanita itu sudah sesuai dengan nama akaun lamanya itu.

Malah ada yang menganggap sudah terlalu banyak nama akaun palsu yang menggunakan nama tersebut.

Tags / Kata Kunci: Sooyoung
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan