Mabuk punca Lee Seo Won lakukan gangguan seksual - K Pop | mStar

Mabuk punca Lee Seo Won lakukan gangguan seksual

Diterbitkan: Ahad, 15 Julai 2018 5:00 AM

Lee Seo Won mengaku bersalah atas tuduhan lakukan ganguan seksual dan kekerasan terhadap seorang wanita.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Lee Seo Won mengaku bersalah atas dakwaan melakukan gangguan seksual dan kekerasan terhadap seorang wanita pada Mei lalu.

Menurut laporan Soompi, Lee Seo Won telah dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat dan memohon maaf kepada semua pihak atas tindakan yang dilakukan itu.

"Selepas dari prosiding perbicaraan semalam, Lee Seo Won tampil kepada media dan memohon maaf kerana telah membuat satu kesilapan dalam dirinya.

"Lee Seo Won memohon agar hukuman yang bakal dijatuhkan itu diringankan kerana dia tidak mampu mengawal dirinya sendiri ketika kejadian akibat terlalu mabuk," kata sumber.

Nama Lee Seo Won menjadi topik perbincangan hangat netizen Korea kerana tindakan yang dilakukan itu amat memalukan sejak tiga bulan lalu.

Akibat daripada perbuatannya itu, kontraknya sebagai pengacara program muzik Music Bank turut dibatalkan serta-merta dan beberapa tawaran lakonan yang diberikan kepada dia turut ditarik balik.

Tags / Kata Kunci: Lee Seo Won
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan