Syarikat pengurusan dedah identiti sebenar suami Choi Ji Woo - K Pop | mStar

Syarikat pengurusan dedah identiti sebenar suami Choi Ji Woo

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2018 5:30 AM

Choi Ji Woo pernah dikenali menerusi drama bersiri Winter Sonata.

(Ubah saiz teks)

SYARIKAT pengurusan Choi Ji Woo, YG Entertainment tampil mendedahkan mengenai identiti sebenar suami kepada aktres terkenal itu yang sebelum ini menjadi rahsia.

Allkpop melaporkan lelaki berusia 34 tahun itu adalah seorang pengarah urusan bagi sebuah syarikat yang membangunkan aplikasi dikenali sebagai O2O dan bukannya anak saudara kepada pemilik sebuah syarikat gergasi di Korea Selatan.

Bagaimanapun nama dan gambar lelaki itu tetap menjadi rahsia daripada pengetahuan umum.

"Punca sebenar Ji Woo merahsiakan identiti suaminya kepada umum kerana ia akan menjadi beban kepada karier masing-masing.

"Ia juga bagi mengelakkan salah faham apabila suaminya melakukan sebarang urusan perniagaan dan sebab-sebab tertentu lain," kata wakil syarikat itu.

Sebelum ini, netizen membuat pelbagai spekulasi mengenai siapakah sebenarnya suami pelakon itu memandangkan Ji Woo enggan bercakap mengenainya secara terbuka.

Malah sehingga kini tiada siapa tahu wajah lelaki itu dan Ji Woo sangat berahsia dengan kehidupan peribadinya.

Pasangan itu berkahwin pada 29 Mac lalu.

Tags / Kata Kunci: Choi Ji Woo
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan