Super Junior berkumpul sambut kepulangan Ryeawook - K Pop | mStar

Super Junior berkumpul sambut kepulangan Ryeawook

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2018 5:30 AM

Empat anggota Super Junior hadir pada majlis tamat latihan tentera ahli kumpulan itu, Ryeawook.

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN Super Junior dilihat menghadiri majlis tamat latihan tentera salah seorang anggota kumpulan itu, Ryeawook baru-baru ini.

Koreaboo melaporkan Donghae, Eunhyuk, Siwon dan Leetuk dilihat menghadiri majlis itu bagi memberi sokongan kepada rakan mereka.

Peminat turut berkumpul bagi menyambut kepulangan Ryeawook yang memulakan latihan tentera sejak Oktober 2016.

Seorang lagi anggota Super Junior, Kyuhyun yang masih lagi dalam kem tenteta dijangka menamatkan latihan pada 24 Mei tahun hadapan.

Tags / Kata Kunci: Super Junior , Ryeawook
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan