Song Joong Ki bakal adakan pertemuan dengan peminat - K Pop | mStar

Song Joong Ki bakal adakan pertemuan dengan peminat

Diterbitkan: Ahad, 8 Julai 2018 5:30 AM

Song Joongki bakal bertemu peminatnya dalam masa terdekat.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Song Joong Ki sudah mempunyai perancangan untuk mengadakan sesi bertemu peminat selepas dua tahun acara itu tidak dilakukan.

Menerusi laporan Soompi, pengumuman tersebut yang dikatakan akan diadakan pada 1 September dimaklumkan menerusi laman sosial rasmi peminat Song Joong Ki. 

"Akan ada sesi bertemu peminat mungkin diadakan pada 1 September. Namun, butiran selanjutnya seperti tarikh sebenar dan lokasi belum diberitahu," tulis laman sosial itu.

Kali terakhir Song Joong Ki mengadakan acara seperti itu pada 2016 selepas kejayaan drama bersiri Descendants Of The Sun.

Selepas dia berkahwin dengan Song Hye Kyo pada Oktober tahun lalu, peminat ingin tahu perkembangannya kini.

Pelakon itu kini sedang mempertimbangkan tawaran untuk watak dalam drama akan datang iaitu Asadal.

Tags / Kata Kunci: Song Joong Ki
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan