‘DDU-DU DDU-DU’ pecah rekod Psy - K Pop | mStar

‘DDU-DU DDU-DU’ pecah rekod Psy

Diterbitkan: Sabtu, 7 Julai 2018 5:30 AM

Blackpink berjaya memecah rekod Psy menerusi lagu terbaharu mereka DDU-DU DDU-DU.

(Ubah saiz teks)

LAGU berjudul DDU-DU DDU-DU nyanyian kumpulan Blackpink memecah rekod dipegang penyanyi Psy sebagai muzik video Kpop paling banyak tontonan dalam tempoh 24 jam di YouTube.

Dilancarkan pada 15 Jun lalu, DDU-DU DDU-DU meraih 36.2 juta tontonan sekali gus menolak muzik video Psy, Gentlemen yang mendapat 36 juta tontonan di tempat kedua.

Sebelum ini, kumpulan BTS hampir memecah rekod Psy apabila muzik video mereka, Fake Love mendapat 35.9 juta tontonan dalam tempoh sama.

Secara keseluruhan Blackpink berada di tempat ketujuh yang mendapat jumlah tontonan tertinggi dalam tempoh 24 jam.

Penyanyi dari Amerika Syarikat, Taylor Swift mengungguli senarai itu ditempat pertama menerusi What You Made Me Do (43.2 juta).

Setakat ini sehingga Jumaat, DDU-DU DDU-DU sudah mendapat jumlah tontonan sebanyak 149,000 juta sejak ia dilancarkan.

Pencapaian itu menjadikan Blackpink sebagai kumpulan wanita yang hangat diperkatakan pada 2018 di Korea ketika ini.

Tags / Kata Kunci: Blackpink , DDU-DU DDU-DU
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan