G-Dragon panggil diri sendiri pencuri - K Pop | mStar

G-Dragon panggil diri sendiri pencuri

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2018 5:30 AM

G-Dragon memanggil jenama miliknya, PEACEMINUSONE sebagai pencuri.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI G-Dragon terkejut apabila pemetik api bawah jenama miliknya, PEACEMINUSONE dijual pada harga melampau iaitu KRW5,000 (RM15).

G-Dragon yang berkunjung ke salah sebuah butiknya baru-baru ini menyelar tindakan mengenakan harga melampau itu dan menggelar dirinya sebagai pencuri.

"KRW5,000? Kita adalah pencuri!," katanya ketika dalam satu rakaman secara langsung yang dibuat oleh pekerja butik itu.

PEACEMINUSONE adalah jenama popular di Korea yang terkenal dalam kalangan fashionista selain mengenakan caj tinggi terhadap produk keluarannya.

Tags / Kata Kunci: G-Dragon
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan