Gambar Go Kyung Pyo ubat rindu peminat - K Pop | mStar

Gambar Go Kyung Pyo ubat rindu peminat

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2018 4:55 AM

(Ubah saiz teks)

POPULARITI pelakon Go Kyung Pyo nampaknya semakin meningkat selepas fotonya ketika menjalani latihan ketenteraan tersebar di laman sosial.

Peminat melahirkan rasa teruja melihat gambar Kyung Pyo dalam keadaan sihat selain ramai merasakan pelakon itu kelihatan kacak dalam persalinan baju tentera.

Foto yang memperlihatkan Kyung Pyo sedang membaca buku, memegang senapang dan berkawad telah mengubat rindu peminat terhadapnya.

Kyung Pyo kini sedang menjalani latihan tentera di Samcheok, Gangwon.

Dia dijangka menyelesaikan latihan itu pada 20 Februari 2020.

Tags / Kata Kunci: Go Kyung Pyo
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan