Chu Ja Hyun dan bayi pertamanya dalam keadaan baik - K Pop | mStar

Chu Ja Hyun dan bayi pertamanya dalam keadaan baik

Diterbitkan: Selasa, 12 Jun 2018 4:53 AM

Laporan mengenai Chu Ja Hyun tidak sedarkan diri selama 10 hari tidak benar.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Chu Ja Hyun yang dikejarkan ke unit kecemasan selepas melahirkan bayi pertamanya kini dalam keadaan baik.

Menurut laporan Soompi, syarikat agensi Chu Ja Hyun menafikan berita mengenainya dalam keadaan kritikal seperti yang dilaporkan beberapa media.

"Laporan mengenai Chu Ja Hyun tidak sedarkan diri selama 10 hari selepas dikejarkan ke unit kecemasan itu tidak benar.

"Dia kini dalam proses untuk pulih dan berada di wad biasa. Malah, kami masih boleh berhubung dengannya," kata BH Entertainment.

Sebelum ini, agensi Chu Ja Hyun memberitahu pelakon wanita itu dikejarkan ke unit kecemasan pada 4 Jun lalu selepas melahirkan anak pada 1 Jun.

Pada Ahad, beberapa media melaporkan Chu Ja Hyun tidak sedarkan diri 10 hari selepas melahirkan anak pertamanya.

Menurut suaminya, Yu Xiaoguang juga memberitahu isteri dan anaknya dalam keadaan baik.

Tags / Kata Kunci: Chu Ja Hyun
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan