Kai (EXO) kembali guna Instagram selepas 3 tahun - K Pop | mStar

Kai (EXO) kembali guna Instagram selepas 3 tahun

Diterbitkan: Khamis, 7 Jun 2018 4:00 AM

Khai kembali menggunakan Instagram selepas menutup akaunnya tiga tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS tiga tahun memadam Instagram miliknya, anggota kumpulan EXO iaitu Kai mengejutkan peminat apabila kembali menggunakan laman sosial popular itu.

Menggunakan nama @zkdlin yang membawa maksud 'Kai' jika dieja dalam hangul (tulisan Korea).

Peminat mula menyedari ia adalah akaun milik Kai selepas rakannya dalam EXO, Chanyeol meninggalkan komen menerusi gambar pertama yang dimuat naiknya.

"Akhirnya anda kembali lagi!," tulis Chanyeol.

Akaun Instagram baru Kai.

Kai memilih gambar hiasan meja yang didedikasikan kepadanya ketika menghadiri pertunjukan fesyen Gucci Cruise 2019 baru-baru ini sebagai foto pertamanya di Instagram.

Dia turut memuat naik gambarnya ketika menghadiri pertunjukan fesyen itu.

Sehingga kini, seramai 1.2 juta sudah mengikuti profil baharu Kai sejak ia dia mengaktifkan akaun itu pada Rabu.

Tags / Kata Kunci: Kai , EXO
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan