Seungri dedah sisi buruk Big Bang - K Pop | mStar

Seungri dedah sisi buruk Big Bang

Diterbitkan: Rabu, 6 Jun 2018 5:00 AM

Seungri mendedahkan semua anggota Big Bang tidak mempunyai semangat kerja berpasukan walaupun telah bersama selama 13 tahun.

(Ubah saiz teks)

ANGGOTA Big Bang iaitu Seungri mendedahkan kumpulan itu sebenarnya tidak mempunyai kerjasama berpasukan yang baik walaupun mereka sudah bersama selama 13 tahun.

Seungri berkata, ada segelintir anggota Big Bang hanya melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh mengikut angin mereka menyebabkan banyak perancangan tergendala.

"Big Bang sebenarnya langsung tiada semangat kerja berpasukan tetapi selama ini hanya kami sahaja yang tahu mengenainya.

"Ada di antara mereka seperti Taeyang hanya lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh apabila anginnya baik dan dia boleh berlari satu pentas tanpa disuruh.

Big Bang.

"Tapi kebanyakan masanya kami berpura-pura seperti tiada apa berlaku dan sebab itu orang nampak seperti kami profesional namun sebenarnya tidak!," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

Selain Seungri dan Taeyang, Big Bang turut dianggotai oleh G-Dragon, T.O.P. dan Daesung.

Sementara itu, Seungri berkata, dia ingin bekerja kuat agar peminat Big Bang tidak perasan tentang semua anggota lain kumpulan itu kini sedang menjalani latihan ketenteraan.

"Sepanjang ketiadaan mereka saya mahu buat yang terbaik dan saya tidak mahu dipandang rendah oleh kawan-kawan Big Bang.

"Saya mahu mereka tahu saya juga boleh berjaya tanpa mereka dan membanggakan Big Bang dan peminat yang menyokong kami," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Seungri , Big Bang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan