Ada sebab Bae Jin Young menangis - K Pop | mStar

Ada sebab Bae Jin Young menangis

Diterbitkan: Selasa, 5 Jun 2018 5:00 AM

Bae Jin Young tampil mejelaskan punca dia menangis di hadapan penonton ketika mengadakan konsert baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

INSIDEN anggota kumpulan Wanna One iaitu Bae Jin Young tiba-tiba mengalirkan air mata ketika mengadakan konsert pada Sabtu lalu menimbulkan tanda tanya peminat.

Jin Young bagaimanapun menjelaskan dia menangis kerana tidak tahan menanggung kesakitan akibat kecederaan dialami pada bahagian telinganya.

Dia sebenarnya berasa sangat malu dengan insiden itu kerana keluarganya turut berada dalam kalangan penonton yang hadir menyaksikan konsert mereka.

"Saya menangis kerana tidak mampu menahan kesakitan selain berasa sedih kerana konsert itu sangat bererti buat saya dan tewas akibat kesakitan yang dialami.

"Keluarga saya pun hadir pada konsert itu dan saya malu sebenarnya kerana mereka terpaksa melihat saya dalam keadaan begitu," katanya seperti dilaporkan Soompi.

Jin Young mengalami kecederaan itu akibat berlanggar dengan rakannya, Ong Seong Woo ketika mereka asyik menghiburkan peminat dalam sebuah konsert baru-baru ini.

Tags / Kata Kunci: Bae Jin Young , Ong Seong Woo , Wanna One
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan