Komen negatif buat Seung Yoon (Winner) rendah diri - K Pop | mStar

Komen negatif buat Seung Yoon (Winner) rendah diri

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2018 4:30 AM

Kang Seung Yoon mendedahkan dia sentiasa mencari komen negatif yang ditulis peminat di laman sosial.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Kang Seung Yoon mendedahkan dia sengaja mencari komen negatif tentang dirinya di media sosial.

Seung Yoon yang juga anggota kumpulan Winner memberitahu walaupun menyakitkan dia berbuat demikian kerana ingin mengetahui tentang apakah perkara buruk diperkatakan tentang dirinya.

"Jujurnya saya memang sengaja mencari komen buruk tentang saya di media sosial kerana saya nak tahu apa yang orang tulis tentang saya.

"Ia memang menyakitkan apabila membacanya tapi seperti obses untuk tahu tentang apa orang kata," jelasnya seperti dilaporkan Soompi.

Jelasnya lagi, komen negatif atau kritikan sebenarnya membantunya menjadi seorang yang tidak lupa diri dan tidak sentiasa berasa selesa dengan apa yang dimilikinya sekarang.

"Jika orang tidak bercakap tentang kita itu bererti dia tidak lagi memperdulikan apa juga yang kita lakukan.

"Komen negatif ini sebenarnya ada baiknya terutamanya dalam mengingatkan diri sendiri agar sentiasa merendah diri," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Seung Yoon , Winner
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan