Kaki cedera punca Kim Sa Rang di hospital sebulan - K Pop | mStar

Kaki cedera punca Kim Sa Rang di hospital sebulan

Diterbitkan: Ahad, 27 Mei 2018 4:00 AM

Kim Sa Rang dimasukkan ke hospital selama sebulan selepas mengalami kecederaan pada bahagian kakinya.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Kim Sa Rang akhirnya dibenarkan pulang selepas hampir sebulan dimasukkan ke hospital ekoran mengalami keretakan pada bahagian kakinya.

Pihak pengurusannya dalam satu kenyataan memaklumkan Sa Rang semakin pulih daripada kecederaan dan akan meneruskan rawatan sehingga dia benar-benar pulih.

"Sa Rang ingin berehat seketika daripada bidang seni bagi meneruskan proses terapi fizikal agar dia segera sembuh.

"Maaf kerana buat anda semua risau dan Sa Rang turut berterima kasih atas doa dan sokongan peminat terhadapnya.

"Dia berjanji akan kembali dalam bidang seni tidak lama lagi," kata wakil syarikat pengurusan tersebut seperti dilaporkan Soompi.

Pada April lalu, Sa Rang terjatuh ketika sedang bercuti di Itali sebelum dia di bawa pulang ke Seoul untuk mendapatkan rawatan.

Tags / Kata Kunci: Kim Sa Rang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan