Kim Heechul akhirnya bersuara isu tumbuk Yesung - K Pop | mStar

Kim Heechul akhirnya bersuara isu tumbuk Yesung

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2018 4:00 AM

Heechul akhirnya mendedahkan kejadian sebenar di sebalik dakwaan dia menumbuk rakannya dalam Super Junior, Yesung.

(Ubah saiz teks)

GOSIP mengenai dua anggota kumpulan Super Junior iaitu Kim Heechul dan Yesung bertumbuk kira-kira dua tahun lalu masih menjadi tanda tanya peminat sama ada kejadian itu benar-benar berlaku ataupun tidak.

Heechul bagaimanapun akhirnya membuka mulut mengenai insiden tersebut namun menjelaskan apa yang dihebahkan ditokok tambah sehingga memperlihatkan mereka sebenarnya bergaduh besar.

Sebaliknya kata Heechul, apa yang berlaku hanyalah salah faham dan mereka tidak pernah bertumbuk seperti dilaporkan.

"Kejadian berlaku selepas kami pulang mengadakan konsert di Amerika Selatan dan sejurus pulang ke Korea kami berbincang untuk persembahan seterusnya.

Super Junior

"Saya mencadangkan agar tiada perubahan dilakukan untuk konsert di Korea namun Yesung mempunyai pandangan lain sehingga menyebabkan kami bertengkar," jelasnya.

Bagaimanapun kata Heechul, dia memang berniat untuk bertumbuk dengan Yesung namun apabila melihat rakannya itu sedang menangis dia tidak jadi bertindak.

"Saya marah, dia juga sedang marah... Memang saya hendak tumbuk muka dia tetapi apabila saya lihat dia menangis terus perasaan hendak bergaduh itu hilang.

"Masing-masing dalam keadaan tertekan tambahan pula Yesung baru keluar latihan tentera sehingga menyebabkan kepada pergaduhan itu," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Super Junior , Yesung , Kim Heechul
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan