G-Dragon jalani pembedahan kaki - K Pop | mStar

G-Dragon jalani pembedahan kaki

Diterbitkan: Ahad, 20 Mei 2018 5:30 AM

G-Dragon terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian buku lali kaki kanannya yang tercedera.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI G-Dragon dikejarkan ke sebuah hospital di Seoul untuk menjalani pembedahan pada bahagian buku lali kaki kanannya yang tercedera.

Koreaboo melaporkan anggota kumpulan Big Bang itu tercedera ketika menjalani latihan asas ketenteraan dan telah pun mendapat rawatan di klinik kesihatan disediakan di setiap kem.

Bagaimanapun keadaan kakinya bertambah teruk sebelum dipindahkan ke hospital di Seoul dan perlu menjalani pembedahan.

Pihak pengurusannya, YG Entertainment mengesahkan mengenai kejadian itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai keadaan G-Dragon.

"Selepas pembedahannya selesai dia akan kembali ke kem tentera," kata wakil syarikat itu.

Tags / Kata Kunci: G-Dragon , Big Bang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan