Saintis guna matematik kaji wajah kacak Jin So (BTS) - K Pop | mStar

Saintis guna matematik kaji wajah kacak Jin So (BTS)

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2018 5:30 AM

Seorang saintis dalam bidang pembedahan plastik mendakwa Ji So mempunyai struktur wajah yang baik dan dia adalah lelaki paling kacak di Asia.

(Ubah saiz teks)

SEORANG sainstis dalam bidang pembedahan plastik mendakwa Jin So sebagai lelaki paling kacak di Asia selepas membuat kajian terhadap wajah anggota kumpulan BTS itu.

Koreaboo melaporkan doktor berkenaan menyifatkan Jin So mempunyai struktur wajah paling ideal bagi seorang lelaki selepas membuat pengiraan secara matematik terhadap mukanya.

Dalam kajiannya, saintis itu memberitahu kedudukan dan simetri wajah Ji So sangat baik dari garisan rambut sehingga ke dagunya.

Malah kedudukan telinganya juga sangat tepat dan saiznya juga sama selain jarak di antara dagu dan bibirnya juga membuatkan wajah Ji So antara terbaik dalam kalangan lelaki di Asia.

Keputusan itu dibuat selepas saintis itu membuat kajian terhadap 269 wajah lelaki Asia.

Tags / Kata Kunci: Ji So , BTS
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan