Peminat terkejut tengok wajah Jungkook (BTS) tanpa solekan - K Pop | mStar

Peminat terkejut tengok wajah Jungkook (BTS) tanpa solekan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mei 2018 5:30 AM

Jungkook (BTS) antara selebriti lelaki yang sering menggunakan solekan.

(Ubah saiz teks)

RAHSIA ketampanan selebriti lelaki di Korea Selatan bukan lagi rahsia apabila ramai di antara mereka melakukan pembedahan plastik atau pun menggunakan solekan untuk kelihatan lebih menarik.

Ini termasuklah anggota kumpulan BTs iaitu Jungkook yang sentiasa dipuja peminat kerana wajahnya yang kacak dan sentiasa tampil menarik dihadapan peminat.

Bagaimanapun peminat terkejut dengan penampilan Jungkook yang tidak memakai solekan ketika muncul dalam sebuah program baru-baru ini.

Jungkook lebih kacak tanpa solekan.

Ramai memuji rupa parasnya yang didakwa lebih kacak tanpa sebarang solekan dan meminta penyanyi itu menjadi dirinya yang sebenar.

"Wajah Jungkook lebih kacak tanpa solekan dan dia sepatutnya tidak lagi menggunakan solekan untuk kelihatan lebih menarik.

"Malah dia kelihatan lebih maskulin dan saya jatuh cinta dengan Jungkook tanpa solekan," kata peminatnya.

Tags / Kata Kunci: Jungkook , BTS
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan