Kangnam perlu rehat selepas terlibat kemalangan - K Pop | mStar

Kangnam perlu rehat selepas terlibat kemalangan

Diterbitkan: Isnin, 30 April 2018 5:00 AM

Kangnam tidak mengalami kecederaan yang serius.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Kangnam memerlukan rehat secukupnya selepas terlibat dalam kemalangan lima buah kereta pada Sabtu lalu.

Menerusi laporan Soompi, pihak syarikat agensinya memberitahu penyanyi itu sudah membuat pemeriksaan doktor sejurus kemalangan.

"Selepas Kangnam membuat pemeriksaan kesihatan di Seoul, dia terus balik ke rumah dan berehat.

"Kepala dan lehernya masih lagi sakit disebabkan terhantuk tapi kami rasanya ianya tidak terlalu serius.

"Kami juga merancang untuk memastikan kesihatannya kembali pulih seperti sediakala," kata sumber agensi.

Tags / Kata Kunci: Kangnam
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan