Selesai latihan asas tentera, Lee Min Ho terus ke salun - K Pop | mStar

Selesai latihan asas tentera, Lee Min Ho terus ke salun

Diterbitkan: Ahad, 15 April 2018 5:30 AM

Lee Min Ho baru sahaja selesai menjalani latihan asas ketenteraan selama sebulan sebelum ditempatkan sebagai pegawai khidmat masyarakat di sebuah pusat kebajikan.

(Ubah saiz teks)

PELAKON terkenal Lee Min Ho dilihat menuju ke sebuah salun sejurus selepas menamatkan latihan asas ketenteraan selama sebulan di sebuah kem di Korea Selatan.

Koreaboo melaporkan Min Ho turut mengambil kesempatan menyapa peminat yang menantinya di luar salun berkenaan dan melayan permintaan mereka untuk berswafoto.

Min Ho dilihat ceria dapat bertemu peminat sebelum kembali meneruskan tugas sebagai pegawai khidmat masyarakat di sebuah pusat kebajikan di Gangnam, Seoul sebagai salah satu syarat menyelesaikan latihan ketenteraan selama dua tahun.

Sebelum itu, Min Ho turut memuat naik beberapa gambar di laman sosial bersama rakan-rakannya di kem pada hari terakhir latihan asas tersebut.

Peminat turut memuji Min Ho yang kacak dalam persalinan tentera.

Tags / Kata Kunci: Lee Min Ho
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan