Kim Bum derita penyakit genetik - K Pop | mStar

Kim Bum derita penyakit genetik

Diterbitkan: Sabtu, 14 April 2018 5:30 AM

Kim Bum mendedahkan dia menderita penyakit genetik dikenali sebagai degeneratif artritis.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Kim Bum mendedahkan dia menderita penyakit genetik dikenali sebagai 'degeneratif artritis' sejak beberapa tahun lalu.

Disebabkan masalah kesihatannya itu, Kim Bum, 29, dilaporkan akan menyelesaikan latihan ketenteraannya yang bakal bermula pada 26 April ini sebagai pekerja sosial memandangkan dia tidak boleh melakukan aktiviti berat.

"Kim Bum mengalami penyakit itu ketika usianya menjengah awal 20-an dan telah melakukan pelbagai perkara bagi merawat penyakitnya itu termasuk pengambilan ubat-ubatan dan senaman.

"Atas dasar itu juga, Kim Bum yang akan memulakan latihan ketenteraannya bermula 26 April ini diberi pengecualian dan akan ditempatkan sebagai pekerja sosial memandangkan dia tidak boleh melakukan kerja berat," kata syarikat pengurusannya King Kong Entertainment seperti dilaporkan Koreaboo.

Degeneratif artitis adalah sejenis penyakit kerosakan pada lapisan tulang rawan pada bahagian sendi tulang.

Sebelum ini, berat badan Kim Bum yang dilihat turun mendadak menjadi kebimbangan peminat dan pendedahan mengenai penderitaannya itu menjelaskan punca keadaan fizikalnya.

Leibh memburukkan keadaan, pada 2009, Kim Bum pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan memburukkan penyakitnya.

Tags / Kata Kunci: Kim Bum
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan