Tiada hubungan istimewa Darren Wang, Kang Han Na - K Pop | mStar

Tiada hubungan istimewa Darren Wang, Kang Han Na

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2018 5:00 AM

Pasangan ini nafi sedang menjalinkan hubungan cinta.

(Ubah saiz teks)

HUBUNGAN cinta antara pelakon Kang Han Na dan bintang yang berasal dari Taiwan, Darren Wang mula menjadi bualan apabila foto mesra mereka dirakam oleh media Cina.

Menurut laporan media Cina pada Selasa, Kang Han Na dan Darren Wang dilihat meluangkan masa bersama di pasar ikan di Taiwan.

Manakala menerusi laporan Allkpop, pihak Darren Wang telah memberi kenyataan bahawa mereka hanya sekadar kawan dan tidak bercinta.

"Mereka hanya kawan sahaja. Tidak pernah bercinta. Mula berkawan sejak sama-sama menjalani penggambaran drama bersama.

"Mereka bertemu bukan berdua tapi dengan kawan-kawan yang lain," kata wakil Darren Wang.

Pasangan ini pernah bekerjasama menerusi drama Taiwan bertajuk Ghosts Blow Out The Light pada tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Darren Wang , Kang Han Na
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan