Daniel Henney jawab hubungan dengan Ru Kumagai - K Pop | mStar

Daniel Henney jawab hubungan dengan Ru Kumagai

Diterbitkan: Rabu, 11 April 2018 5:00 AM

Daniel nafi sedang bercinta dengan Ru Kumagai.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Daniel Henney menafikan gosip mengenai hubungan cinta dengan pelakon kacukan Jepun dan Amerika iaitu Ru Kumagai.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh syarikat agensinya, Echo Global Group, Daniel memberitahu hubungan mereka sekadar sesama satu industri sahaja.

"Selepas bertanya pada dia, kami ingin beritahu yang mereka berdua hanya kawan yang bertemu di sebuah majlis.

"Kebetulan Daniel berkawan baik dengan rakan sekerja Ru Kumagai. Berita mereka bercinta itu tidak benar," kata agensi menerusi laporan Soompi.

Tags / Kata Kunci: Daniel Henney , Ru Kumagai
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan