Joy (Red Velvet) gementar di samping Woo Do Hwan - K Pop | mStar

Joy (Red Velvet) gementar di samping Woo Do Hwan

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2018 5:30 AM

Joy dan Woo Do Hwan pertama kali bekerjasama menerusi drama The Great Temper.

(Ubah saiz teks)

AHLI kumpulan Red Velvet iaitu Joy mengakui gementar ketika berdepan dengan pelakon Woo Do Hwan di luar set penggambaran.

Menerusi laporan Soompi, Joy, 22 berkata teman gandingannya itu banyak berkongsi tip lakonan dan membantunya sepanjang penggambaran.

"Kali pertama bertemu dengannya, saya gugup dan gementar. Namun, selepas meluangkan masa bersama, rasa itu hilang dan saya mula selesa.

“Setiap kali saya gugup, dia akan berikan nasihat dan membantu. Berikutan rasa selesa dengannya, kami mudah mencipta keserasian dalam menjayakan watak masing-masing,” katanya.

Joy dan pelakon lelaki itu pertama kali bergandingan menerusi drama siri terbaru The Great Tempter.

Menurut Joy,antara cabaran lain dihadapinya adalah melakonkan karakter gadis berusia 20 tahun yang dilamun cinta.

"Saya sendiri pun tidak mengerti apa itu cinta. Mungkin kerana saya terlalu muda untuk tahu lebih lanjut mengenainya.

"Jadi, satu cabaran buat saya untuk melakonan karakter gadis yang dilamun cinta," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Joy , Woo Do Hwan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan