Lif terhempas, Kai (EXO) nyaris terbunuh - K Pop | mStar

Lif terhempas, Kai (EXO) nyaris terbunuh

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2018 5:30 AM

Kai EXO mendedahkan dia hampir terbunuh selepas lif yang digunakan tiba-tiba rosak sebelum terhempas.

(Ubah saiz teks)

ANGGOTA kumpulan EXO, Kai mendedahkan dia nyaris terbunuh selepas lif yang digunakan tiba-tiba rosak sebelum terhempas.

Ketika kejadian, Kai menggunakan lif itu untuk pulang ke rumahnya sebelum dia tiba-tiba mendengar bunyi seperti tikus dari luar lif.

"Ketika itu saya tidak ambil peduli bunyi itu kerana ingatkan tikus tetapi lif itu tiba-tiba berhenti dan menjunam ke bawah apabila sampai ke tingkat lima.

"Bayangkan perasaan saya ketika itu dan sudah membayangkan saya akan mati sekiranya lif itu terhempas ke bahagian bawah," katanya.

Bagaimanapun kata Kai, dia beruntung kerana lif itu tiba-tiba berhenti dan dia segera cuba membuka pintu dan keluar daripada lif itu.

"Lif itu berhenti di tingkat satu dan cubaan saya untuk keluar berjaya sebelum lif itu tiba-tiba kembali bergerak dan terhempas di aras tempat letak kereta," jelasnya.

Dalam pada itu, Kai berkata dia trauma dengan kejadian itu dan menangis teresak-esak meminta bantuan orang ramai.

Dia kemudiannya mendapat tahun bunyi tikus yang didengarnya sebelum ini sebenarnya adalah wayar lif yang putus.

Tags / Kata Kunci: Kai , EXO
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan