Song Mino disangka sakit kerana kurus mendadak - K Pop | mStar

Song Mino disangka sakit kerana kurus mendadak

Diterbitkan: Ahad, 8 April 2018 5:00 AM

Perubahan fizikal Song Mino yang ketara sehingga peminat menganggapnya sedang sakit.

(Ubah saiz teks)

GARA-gara perubahan bentuk badan semakin kurus secara drastik, anggota kumpulan WINNER iaitu Song Mino disangkakan sedang sakit.

Bagaimanapun, Mino menegaskan perubahan itu berlaku akibat tidak cukup rehat kerana sibuk dengan persiapan album terbaru WINNER.

“Berat badan saya turun sebanyak 10 Kilogram baru-baru ini tetapi itu tidak bermaksud saya sakit.

“Tahun ini adalah tahun kemunculan semula WINNer jadi saya ingin membuat tranformasi imej. Berat badan senang turun apabila saya terlalu sibuk dengan kerja.

“Dalam tempoh berkerja, saya tidak kerap makan dan dalam masa yang sama tidak cukup tidur. Hasilnya, berat badan saya berada pada tahap paling rendah yang pernah saya capai.

“Perubahan bentuk badan ini secara fizikalnya mungkin nampak tidak sihat bagi orang lain tetapi jangan risau, saya sangat sihat dan bertenaga,” jelasnya.

Penjelasan tersebut dibuat dalam satu sidang media yang yang diadakan khas buat album baru WINNER baru-baru ini.

WINNER dianggotai oleh Jinwoo, Seunghoon, Mino and Seungyoon.

Tags / Kata Kunci: Song Mino , WINNER
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan