G-Dragon tamat sesi latihan asas tentera - K Pop | mStar

G-Dragon tamat sesi latihan asas tentera

Diterbitkan: Jumaat, 6 April 2018 5:00 AM

G-Dragon akan menamatkan latihan tentera pada 26 November 2019.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dan ahli kumpulan Bigbang iaitu G-Dragon telah tamat menjalani sesi latihan asas tentera pada Khamis.

Menurut laporan Soompi, G-Dragon menjalani sesi latihan di pusat latihan bahagian rekrut Infantri ke-3 selama lima minggu sejak 27 Februari lalu.

Keputusannya, dia telah ditugaskan untuk menjadi pembantu arahan ketenteraan Bahagian Infantri ke-3.

G-Dragon dijadualkan akan menamatkan latihan tenteranya pada 26 November 2019.

Tags / Kata Kunci: G-Dragon
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan