Lee Jong Suk Tidak Terima Bayaran Demi Rakan Baik - K Pop | mStar

Lee Jong Suk Tidak Terima Bayaran Demi Rakan Baik

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2018 5:30 AM

Lee Jong Suk tidak meminta sebarang bayaran untuk kemunculannya dalam drama arahan rakan baiknya, Park Soo Jin. Sumber: Allkpop.

(Ubah saiz teks)

DEMI rakan baik, pelakon Lee Jong Suk sanggup tidak menerima sebarang bayaran untuk kemunculan dalam drama istimewa, Death Song.

Perkara tersebut didedahkan oleh pihak SBS yang turut mengagumi sikap pelakon lelaki itu untuk berlakon dalam drama arahan Park Soo Jin.

"Selain berasa teruja, Jong Suk membuat keputusan untuk tidak mengambil bayaran demi rakan baiknya, direktor Park Soo Jin yang turut menjayakan drama berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Park Soo Jin turut meluahkan rasa terharu dan tidak menyangka dengan keputusan yang dilakukan rakan baiknya itu.

"Saya yakin Jong Suk mampu melakonkan watak Kim Woo Jin dengan baik.

"Saya berasa sangat terharu dan berterima kasih kerana dia begitu gembira untuk berlakon dalam drama pendek ini," ujarnya.

Death Song adalah sebuah siri dua episod yang dibuat semula berdasarkan filem daripada judul sama.

Tags / Kata Kunci: Lee Jong Suk
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan