Yook Ji Dam Kembali Aktif Di Instagram Selepas Terpalit Kontroversi - K Pop | mStar

Yook Ji Dam Kembali Aktif Di Instagram Selepas Terpalit Kontroversi

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2018 5:30 AM

Yook Ji Dam kembali aktif di Instagram.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS sebulan menutup akaun Instagramnya, penyanyi rap Yook Ji Dam kembali aktif di platform media sosial itu.

Allkpop melaporkan Ji Dam membuka profil baharu sejak Rabu dan sehingga kini hanya mempunyai 150 pengikut.

Sebelum ini, Ji Dam mengambil keputusan menutup Instagramnya kerana tidak tahan dihentam netizen selepas dia menuduh seorang peminatnya sebagai penghendap dan mendakwa dia sedang bercinta dengan anggota kumpulan Wanna One, Kang Daniel.

Ji Dam turut dituduh sengaja mencipta kontroversi itu bagi menaikkan namanya dengan mengheret Kang dalam isu tersebut.

Disebabkan perkara itu, Ji Dam juga terpaksa menarik diri daripada menyertai sebuah festival yang menghimpunkan artis hip hop.

Sejak itu juga dia banyak mendiamkan diri daripaa membuat mana-mana kemunculan di khalayak.

Tags / Kata Kunci: Kang Daniel , Yook Ji Dam , Wanna One
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan