Suga (BTS) Tunai Janji Beri Daging Kepada Peminat - K Pop | mStar

Suga (BTS) Tunai Janji Beri Daging Kepada Peminat

Diterbitkan: Isnin, 12 Mac 2018 5:30 AM

Suga tunaikan janji dengan memberi hadiah daging kepada peminat.

(Ubah saiz teks)

SETELAH empat tahun memegang janji, akhirnya ahli kumpulan BTS iaitu Suga mengotakan janji yang dibuat kepada peminatnya.

Menurut portal Allkpop, Suga pernah berjanji untuk membelikan peminatnya daging sebagai hadiah jika dia sudah berjaya dalam bidang ini.

Suga melafazkan janji itu ketika muncul dalam sebuah program televisyen pada 2014 apabila menyatakan dia ingin menghadiahkan daging kepada peminat bersempena ulang tahun kelahirannya ke-25 yang disambut pada 9 Mac lalu.

Meskipun ada beranggapan Suga sudah melupakan janji tersebut, namun ada pihak mendedahkan Suga sudah menunaikan janjinya itu.

Menurut seorang pegawai di pusat pelindungan kanak-kanak di Daegu, Korea Selatan, dia ada menerima panggilan telefon daripada agensi Big Hit Entertainment yang menyatakan hasrat mahu menyerahkan daging tersebut.

Hadiah istimewa daripada Suga itu telah selamat tiba di pusat tersebut dan turut diserahkan di 38 pusat penjagaan yang lain.

Tags / Kata Kunci: Suga , BTS
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan