Ahli Kumpulan Pentagon Kongsi Rahsia Dan Hal Kegemaran - K Pop | mStar

Ahli Kumpulan Pentagon Kongsi Rahsia Dan Hal Kegemaran

Diterbitkan: Rabu, 7 Mac 2018 5:30 AM

Pentagon dedah rahsia diri dalam keluaran majalah The Star. Foto: KoreaIndo

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN Pentagon berkongsi pelbagai perkara dan hal kesukaan mereka menerusi majalah The Star, baru-baru ini.

Dalam keluaran Mac, empat ahli kumpulan tersebut iaitu Huo, Jinho, Kino dan E'Dawn berkongsi mengenai perkara yang ingin mereka lakukan.

Hui berkata, dia berbangga apabila ada yang memujinya sebagai seorang individu yang hebat berkarya.

"Saya bersyukur apabila ada orang menggelarkan saya orang yang hebat menyusun lagu sehingga saya rasa perlu menjadi lebih baik selepas ini supaya tidak malu dengan gelaran tersebut," katanya.

Sementara itu, Jinho pula memilih untuk menjadi sebagai penyanyi terbaik dan tidak mahu mengecewakan peminat dan kumpulan.

"Saya mahu jadi penyanyi terbaik dan suka mengajar orang bagaimana cara untuk menyanyi," ujarnya.

Kino pula beranggapan dia seorang yang sangat mempercayai kepada kebolehan diri dan tidak mahu kalah dengan dugaan sebagai penyanyi.

Katanya, "Saya bukan orang yang lahir dengan bakat, jadi saya perlu berjuang dan bertahan sehabis baik. Caranya dengan percaya kepada kemampuan diri.

Manakala, E'Dawn pula memberitahu dia lebih menggemari hal berkaitan fesyen serta sentiasa mengambil tahu mengenai trend semasa.

"Saya memang minat fasal fesyen dan gemar melihat foto-foto berkaitan gaya terkini. Saya juga seorang yang pendiam tapi ada masa saya menjadi seorang yang sangat ceria," kata E'Dawn.

Tags / Kata Kunci: Pentagon
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan