Daesung Bakal Ikut Jejak G-Dragon, T.O.P. - K Pop | mStar

Daesung Bakal Ikut Jejak G-Dragon, T.O.P.

Diterbitkan: Selasa, 6 Mac 2018 5:30 AM

Daesung bakal menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun bermula 13 Mac ini.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Daesung bakal mengikut jejak langkah dua rakannya dalam kumpulan Big Bang iaitu G-Dragon dan T.O.P. apabila dia bakal menjalani latihan tentera pada 13 Mac ini.

Koreaboo melaporkan Daesung teruja untuk memulakan sesi latihan tersebut dan berharap peminat mendoakan dia berjaya mengharungi kehidupan sebagai tentera untuk tempoh dua tahun.

Pengumuman dia menyertai tentera itu dibuat selepas Daesung selesai mempromosikan album solonya selain sempat mengadakan konsert jelajah bersama Big Bang.

Syarikat pengurusan Daesung iaitu YG Entertainment dalam kenyataan berkata, seorang lagi anggota Big Bang iaitu Seungri juga ingin mengikuti jejak langkah rakan-rakan mereka.

Bagaimanapun komitmen terhadap album solo dan tayangan filem terbaharunya, Love Only membantutkan niat tersebut dan hanya mendaftarkan diri selepas semua aktiviti seninya selesai.

Tags / Kata Kunci: Daesung , BIGBANG , G-Dragon , Seungri , T.O.P
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan