Kakak Tak Berhenti Menangis G-Dragon Masuk Tentera - K Pop | mStar

Kakak Tak Berhenti Menangis G-Dragon Masuk Tentera

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2018 7:37 AM

Kakak kepada penyanyi G-Dragon tidak dapat menahan kesedihan terpaksa berpisah dengan adik kesayangannya.

(Ubah saiz teks)

KAKAK kepada G-Dragon iaitu Dami Kwon tidak dapat menahan kesedihan apabila terpaksa berpisah dengan penyanyi terkenal itu yang memulakan latihan ketenteraan selama dua tahun bermula 27 Februari lalu.

Koreaboo melaporkan Dami menerusi Instagram miliknya meluahkan rasa sedih terpaksa berjauhan dengan adiknya itu selain tidak dapat berhenti menangis kerana merindui anggota kumpulan Big Bang.

"Saya tidak mahu menulis apa-apa tetapi air mata saya tidak dapat berhenti.

"Buat adikku, jaga kesihatan dan pulang dengan selamat. Kakak paling sayangkan kamu di dunia ini," tulisnya.

Pada hari kemasukan G-Dragon ke kem tentera, Dami dilihat memeluk erat adiknya sebelum mengucapkan selamat tinggal.

Penyanyi itu dijangka selesai menjalani latihan ketenteraan pada 26 November 2019.

Tags / Kata Kunci: G-Dragon , Big Bang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan