Jung Chae Yeon Dikritik Gemar Minum Soju - K Pop | mStar

Jung Chae Yeon Dikritik Gemar Minum Soju

Diterbitkan: Khamis, 1 Mac 2018 5:00 AM

(Ubah saiz teks)

AHLI kumpulan DIA iaitu Jung Chae Yeon mendedahkan bahawa minuman beralkohol tradisional Korea Selatan iaitu Soju merupakan minuman kegemarannya.

Menerusi sebuah program hiburan, penyanyi yang juga pelakon itu berkata, dia mengamalkan minuman tersebut setiap kali sebelum mula penggambaran.

"Saya akan minum Soju sebelum penggambaran agar wajah tidak bengkak," katanya.

Bagaimanapun, kenyataan itu mendapat respons negatif netizen yang menganggap wanita berkenaan hanya berniat meraih perhatian untuk menjadi model iklan jenama alkohol tersebut.

Netizen beranggapan, penyanyi itu tidak sesuai untuk menjadi model minuman keras kerana dia membawa imej bersih yang diminati golongan remaja dan kanak-kanak.

"Dia mahu perhatian agar dapat jadi model iklan Soju. Dia sudah beberapa kali bercakap tentang alkohol itu kerana ingin jadi duta produk tersebut," ujar netizen.

Netizen juga berpendapat kenyataan yang diberi penyanyi itu sebagai bodoh dan hanya menjejaskan reputasinya sebagai seorang artis yang bebas kontroversi.

Tags / Kata Kunci: Jung Chae Yeon
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan