Rain, Kim Tae Hee Macam Baru Bercinta - K Pop | mStar

Rain, Kim Tae Hee Macam Baru Bercinta

Diterbitkan: Sabtu, 24 Februari 2018 5:30 AM

Rain dan isteri memilih untuk bercuti di Jepun baru-baru ini. Foto: Soompi

(Ubah saiz teks)

PASANGAN selebriti Rain dan Kim Tae Hee mempamerkan kemesraan ketika bercuti di Jepun, baru-baru ini.

Menurut laporan Allkpop, mereka berdua dilihat sedang menikmati minum petang di sebuah kafe di Tokyo.

Dalam foto diambil oleh seorang peminat yang kebetulan berada di lokasi sama memaparkan pasangan ini sedang bahagia melalui alam rumah tangga.

Foto yang dirakam oleh seorang peminat yang kebetulan berada di lokasi berkenaan. Foto Instagram: Bibi486

Mereka duduk berdampingan dan sesekali Rain merangkul pinggang isterinya itu.

Dikhabarkan pasangan ini bercuti ke Jepun bagi meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

Rain dan Kim berkahwin pada Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada Oktober tahun lalu.

Sehingga kini mereka masih belum menunjukkan wajah puteri sulung dan berasakan hal tersebut terlalu sulit dan privasi.

Tags / Kata Kunci: Rain , Kim Tae Hee
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan