Bakal Sertai Tentera, CL Tak Berhasrat Melawat G-Dragon - K Pop | mStar

Bakal Sertai Tentera, CL Tak Berhasrat Melawat G-Dragon

Diterbitkan: Selasa, 20 Februari 2018 5:30 AM

Hubungan baik di antara penyanyi G-Dragon dan CL bukan lagi rahsia dalam kalangan peminat.

(Ubah saiz teks)

HUBUNGAN baik di antara penyanyi CL dan G-Dragon bukan lagi rahsia dalam kalangan peminat kpop malah mereka pernah digosipkan bercinta.

Terbaharu, tindakan CL memuat naik foto bersama anggota kumpulan Big Bang itu di Instagram sekali lagi mendapat perhatian peminatnya.

Bagaimanapun, bukan gambar tersebut menjadi persoalan sebaliknya kapsyen ditulis CL yang memberitahu dia tidak akan melawat G-Dragon sepanjang tempoh penyanyi itu menjalani latihan tentera tidak lama lagi.

Foto yang dimuat naik CL di Instagramnya.

Menyedari CL adalah rakan baik yang sentiasa menyokong G-Dragon, peminat tertanya-tanya mengapa penyanyi itu enggan berbuat demikian.

"Jangan risau, saya tidak akan melawat anda," tulisnya.

Pengikutnya juga turut mengambil kesempatan meninggalkan ucapan agar G-Dragon tabah ketika menjalani latihan tentera.

G-Dragon dilaporkan bakal mengikuti latihan ketenteraan selama dua tahun bermula 27 Februari ini.

Tags / Kata Kunci: CL , G-Dragon
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan