Lee Min Ho Nafi Kembali Bercinta Dengan Suzy - K Pop | mStar

Lee Min Ho Nafi Kembali Bercinta Dengan Suzy

Diterbitkan: Isnin, 12 Februari 2018 5:00 AM

Lee Min Ho tidak kembali bercinta dengan Suzy.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Lee Min Ho memberitahu bahawa gosip mengenai hubungan cinta dengan pelakon Suzy itu tidak benar.

Menurut agensinya, MYM Entertainment selepas satu perberbincang, pelakon lelaki itu menafikan sudah kembali menjalinkan hubungan dengan Suzy.

"Selepas bertanya dan berbincang dengan dia, berita mengenai dia sudah kembali menjalinkan hubungan dengan Suzy itu tidak benar.

"Mereka tidak pernah bersama sebagai sepasang kekasih," kata wakil agensi. 

Manakala agensi Suzy, JYP Entertainment turut membuat kenyataan yang sama.

Tags / Kata Kunci: Lee Min Ho , Suzy
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan