‘Eyes, Nose, Lips’ Dari Taeyang Buat Min Hyo Rin - K Pop | mStar

‘Eyes, Nose, Lips’ Dari Taeyang Buat Min Hyo Rin

Diterbitkan: Rabu, 7 Februari 2018 5:30 AM

Taeyang dan Min Hyo Rin berkahwin pada 3 Februari lalu.

(Ubah saiz teks)

RAKAMAN video Taeyang menyanyikan lagu popularnya Eyes, Nose, Lips kepada isterinya iaitu aktres Min Hyo Rin ketika majlis resepsi perkahwinan mereka mendapat perhatian peminat.

Soompi melaporkan video itu dimuat naik oleh salah seorang kenalan mereka dikenali sebagai Sean yang memperlihatkan Taeyang dengan penuh perasaan menyanyikan lagu itu untuk isterinya.

Hyo Min dalam rakaman itu dilihat turut menyanyikan lagu itu bersama-sama suaminya.

"Saya doakan anda berdua akan kekal bahagia bersama," tulisnya pada kapsyen video itu.

Taeyang, 29 dan Hyo Rin, 32, melangsungkan perkahwinan pada 3 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Seoul.

Tags / Kata Kunci: Taeyang , Min Hyo Rin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan