5 Sebab Big Bang Bintang Kpop Paling Berpengaruh - K Pop | mStar

5 Sebab Big Bang Bintang Kpop Paling Berpengaruh

Diterbitkan: Selasa, 6 Februari 2018 5:30 AM

Big Bang masih unggul sebagai salah sebuah kumpulan kpop paling berpengaruh.

(Ubah saiz teks)

KERJA keras dan dedikasi terhadap karier muzik sepanjang 10 tahun lalu menjadikan Big Bang antara kumpulan Kpop paling berpengaruh.

Mereka bukan sahaja popular di Korea Selatan sebaliknya berjaya menjadi fenomena dalam kalangan peminat di seluruh dunia.

Sekali gus menjadikan muzik Kpop mula diterima baik dan membuka ruang kepada bakat-bakat baharu menempa nama di peringat antarabangsa.

Pelbagai kejayaan diraih, Big Bang yang dianggotai oleh G Dragon, Taeyang, Seungri, T.O.P. dan Daesung tetap kekal merendah diri dan ada lima sebab lain mereka menjadi kumpulan Kpop terunggul.


1. Mesra Peminat - Big Bang sering menunjukkan usaha untuk berinteraksi dengan peminat selain menunjukkan kebaikan dan prihatin terhadap mereka walaupun sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti seni.

2. Sikap Membantu - Walaupun mengecap populariti, Big Bang dikenali dalam kalangan selebriti kerana tidak lokek berkongsi ilmu dengan artis-artis baharu yang ingin menjadi seperti mereka.

3. Hormati Orang Lain - Big Bang dikenali peminat kerana sikap menghormati orang lain dan sering menunduk (tanda hormat budaya Korea) apabila bertemu artis lain walapun mereka lebih junior.

4. Muzik - Lagu-lagu dilancarkan Big Bang sentiasa mendapat perhatian peminat dan lagu mereka 'Loser' pernah dimuat turun sebanyak 10.5 juta hanya dalam masa sembilan hari dilancarkan.

5. Jadi Diri Sendiri - Big Bang disukai kerana mereka tidak pernah menyorok daripada mempamerkan identiti sebenar dihadapan peminat menjadikan setiap daripada mereka berpengaruh dan mempunyai kelompok pengikut tersendiri. - Allkpop

Tags / Kata Kunci: Big Bang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan