Peminat Tentukan Imej Jae Hwan (Wanna One) - K Pop | mStar

Peminat Tentukan Imej Jae Hwan (Wanna One)

Diterbitkan: Ahad, 28 Januari 2018 5:30 AM

Fesyen digayakan Kim Jae Hwan dipilih oleh peminatnya.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Kim Jae Hwan mendedahkan peminatnya menentukan gaya dan fesyen yang dipakainya ketika membuat kemunculan di khalayak ramai.

Anggota kumpulan Wanna One itu memberitahu peminat turut memberinya sebuah buku mengenai gaya sebagai panduan untuknya mencari gaya sesuai.

Katanya lagi, menyedari peminat mengambil berat tentang gayanya, dia cuba mengikut beberapa panduan diberikan sesuai dengan identiti yang ingin ditonjolkan.

"Peminat saya ada beberapa perkara yang mereka ingin lihat saya pakai. Saya meneliti tentangnya, cuba suai padankan dengan gaya saya.

"Jujurnya apa yang mereka cuba lakukan banyak membantu saya dalam mencari gaya sesuai," katanya. - Koreaboo

Tags / Kata Kunci: Kim Jae Hwan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan