Gosip Cinta Hyomin Tidak Benar - K Pop | mStar

Gosip Cinta Hyomin Tidak Benar

Diterbitkan: Sabtu, 13 Januari 2018 5:00 AM

Hyomin bertemu dengan lelaki itu ketika di sebuah majlis perjumpaan.

(Ubah saiz teks)

HUBUNGAN antara salah seorang ahli TARA iaitu Hyomin dan Ketua syarikat Media Groups mula menjadi bualan hangat pada minggu ini.

Menurut sumber terdekat Hyomin memberitahu pasangan itu bertemu kali pertama ketika di sebuah majlis perjumpaan pada tahun lalu.

"Hyomin dan lelaki itu bertemu kali pertama ketika di sebuah majlis perjumpaan yang diadakan pada tahun lalu.

"Ada ramai orang dari berlainan industri yang terlibat dalam perjumpaan itu termasuk syarikat Media Groups.

"Hyomin dan lelaki itu sekadar rakan yang bertemu dan berkongsi pendapat. Mereka bukan bercinta," kata Sumber.

Terdahulu hubungan pasangan itu dikatakan semakin serius sehingga ada yang mendakwa mereka sudah ada perancangan untuk berkahwin.

Tags / Kata Kunci: Hyomin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan