Jonghyun (SHINee) Ditemukan Mati - K Pop | mStar

Jonghyun (SHINee) Ditemukan Mati

Diterbitkan: Isnin, 18 Disember 2017 6:47 PM

Junghyun (SHINee) ditemukan mati di rumahnya pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

ANGGOTA kumpulan SHINee iaitu Jonghyun ditemukan mati kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan) di rumahnya yang terletak di Chungdam, Seoul pada Isnin.

Koreaboo melaporkan pihak polis turut mengesahkan mengenai kematian penyanyi itu selepas beberapa laporan mengatakan dia ditemui tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun tidak dapat disahkan mengenai punca kematian Jonghyun.

Menurut laporan lain, Jonghyun dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai akibat lemas dalam kepulan asap namun dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Pihak polis turut menemui arang yang dibakar dalam bilik tempat Jonghyun ditemui.

Dalam pada itu laporan terbaharu mengatakan penyanyi itu mati akibat membunuh diri selepas menghidu asap karbon monoksida yang dibakar dalam biliknya itu.

Kakak artis itu turut mengesahkan perkara berkenaan selain menerima nota bunuh diri daripada adiknya itu.

Tags / Kata Kunci: SHINee , Jonghyun
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan