CL Dedah Kesusahan Jadi Penyanyi - K Pop | mStar

CL Dedah Kesusahan Jadi Penyanyi

Diterbitkan: Sabtu, 16 Disember 2017 5:15 AM

CL bercita-cita menghasilkan album penuh berbahasa Inggeris. Foto: Soompi

(Ubah saiz teks)

BEKAS ketua kumpulan 2NE1 iaitu CL, mendedahkan kesusahan dan kesulitan yang dihadapi olehnya ketika ingin mengembangkan karier di Amerika Syarikat.

Menurut laporan portal hiburan Koreaboo, CL memberitahu dia hilang keyakinan diri sejak tiga tahun lalu.

CL atau nama sebenarnya Chaerin Lee membuat pengakuan sedih itu kepada sahabat baiknya yang juga pereka fesyen terkenal, Jeremy Scott.

CL meluahkan perasaan menerusi program tvN Livin' The Double Life.

Sehingga hari ini, CL masih belum berjaya mengeluarkan album berbahasa Inggeris pertamanya.

Tempoh penantian yang lama menyebabkan peminat CL mula penat menunggu dan merungut di media sosial.

Jeremy yang telah mengenali CL semenjak awal penubuhan 2NE1 bagaimanapun memberi kata-kata semangat kepada bintang itu agar terus kuat.

Sesi luahan perasaan CL yang dirakam di kediaman Jeremy itu boleh ditonton menerusi program tvN Livin' The Double Life.

Tags / Kata Kunci: 2NE1 , CL
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan