Park Han Byul Dedah Hamil Anak Pertama - K Pop | mStar

Park Han Byul Dedah Hamil Anak Pertama

Diterbitkan: Sabtu, 25 November 2017 5:00 AM

Park Han Byul terpaksa menyimpan rahsia terbesarnya kerana tidak mahu mendatangkan masalah.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Park Han Byul akhirnya mendedahkan bahawa dia kini sudah berkahwin dan sedang hamil anak pertama.

Menerusi laman Instagramnya, Park Han Byul terpaksa menyimpan rahsia tersebut selepas tamat penggambaran drama terbaru.

"Hi, saya Park Han Byul. Kita dah selesai penggambaran untuk Borg Mom semalam dan ia sangat seronok dapat memegang watak yang unik.

"Saya terpaksa simpan rahsia dari pelakon dan kru untuk mengelakkan sebarang masalah. Tapi sekarang dah tamat penggambaran saya boleh dedah.

"Saya kini sedang mengandung empat bulan! Saya sudah daftar kahwin dengan ayah kepada bayi yang saya kandung," kata Park Han Byul.

Park Han Byul dan suami merancang untuk mengadakan majlis resepsi secara tertutup bersama keluarga terdekat pada tahun hadapan.

Menurut agensinya, suami pelakon wanita ini bekerja dalam bidang akaun. Mereka berkenalan sejak tiga tahun dan menjalinkan hubungan selama dua tahun.

Tags / Kata Kunci: Park Han Byul
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan