Peminat Bimbang Girls Day Berpecah - K Pop | mStar

Peminat Bimbang Girls Day Berpecah

Diterbitkan: Khamis, 23 November 2017 5:00 AM

Girls Day kini sibuk dengan projek solo masing-masing.

(Ubah saiz teks)

KEPUTUSAN ahli kumpulan Girls Day untuk memberi fokus terhadap karier solo telah menyebabkan peminat gusar ia sebagai petanda mereka akan berpecah tidak lama lagi.

Malah salah seorang anggotanya, Minah ketika ditemu bual baru-baru ini seolah-olah memberi gambaran mereka akan membawa haluan masing-masing dan meminta peminat tunggu perkembangan terbaharu mengenai Girls Day.

"Kami sukar untuk bersama sebab sekarang masing-masing sibuk dengan projek sendiri.

"Susah nak cakap mengenai situasi sekarang jadi kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku nanti," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

Sementara itu, laman sosial rancak dengan pelbagai perdebatan mengenai nasib kumpulan itu namun peminat masih berharap Girls Day akan kekal bersatu.

"Apabila masing-masing buat projek solo itu petanda pembubaran tidak rasmi sesebuah kumpulan.

"Nampaknya mereka sudah bersedia untuk meninggalkan Girls Day," tulis peminat.

Selain Minah, Girls Day turut dianggotai oleh Sojin, Yura dan Hyeri.

Tags / Kata Kunci: Girls Day , Minah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan