Sandara Park Sambut Hari Lahir Di Boracay - K Pop | mStar

Sandara Park Sambut Hari Lahir Di Boracay

Diterbitkan: Selasa, 14 November 2017 5:00 AM

Sandara gembira dapat menyambut hari lahirnya bersama rakan-rakan di Boracay, Manila. Foto Instagram: @daraxxi.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dan pelakon Sandara Park menikmati majlis sambutan hari lahirnya pada Ahad bersama rakan terdekat.

Model Kang Seung Hyun berkongsi beberapa foto sambutan majlis tersebut yang diadakan di Manila melalui laman Instagramnya.

Foto sambutan hari lahir bersama rakan untuk dijadikan kenangan. 

Beberapa hari sebelum itu, Sandara Park ada memuat naik foto bilik hotel di Boracay yang dihiasi dengan belon dan bunga sempena hari lahirnya.

"Saya dan rakan-rakan berada di Boracay sempena majlis kejutan hari lahir saya! Sambutan awal untuk saya.

"Terima kasih untuk belon, kek dan hiasan bilik kita yang cantik. Harap dapat kembali," kata Sandara.

Tags / Kata Kunci: Sandara Park
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan