BTS Di American Music Awards

Diterbitkan: Selasa, 7 November 2017 5:00 AM

BTS tersenarai sebagai artis yang bakal membuat persembahan pada American Music Awards yang bakal berlangsung paa 19 November ini.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS Psy, kumpulan sensasi Korea Selatan iaitu BTS bakal mengadakan persembahan sulung mereka menerusi American Music Awards yang bakal berlangsung di Los Angeles pada 19 November ini.

Forbes melaporkan BTS bakal mempersembahkan lagu terbaharu mereka berjudul DNA pada acara itu.

Selain BTS, beberapa lagi nama besar akan mengadakan persembahan pada acara itu adalah Christina Aguilera, Selena Gomez dan penyanyi legenda, Diana Ross.

BTS mencipta sejarah tersendiri apabila album mereka berjudul Wings berjaya tersenarai dalam carta Billboard 200 pada tahun lalu.

Malah lagu DNA juga tersenarai dalam carta Billboard 100 pada tangga ke 67.

BTS juga pernah menerima trofi Top Social Award pada Anugerah Billboard 2017.

Sementara itu, Koreaboo melaporkan BTS juga bakal muncul dalam program bual bicara popular iaitu The Ellen DeGeneres Show.

Pihak penerbit ekskutif program itu, Andy Lassner mengesahkan mengenai khabar angin itu dan memberitahu BTS akan muncul sebagai tetamu Ellen DeGeners.

"Ia akan berlaku," kata Andy.

Manakala syarikat pengurusan BTS turut mengesahkan ada menerima tawaran daripada pihak produksi program bual bicara itu dan memberitahu BTS teruja mengenainya.

Tags / Kata Kunci: BTS , Ellen DeGeneres , American Music Awards

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan