Kerana Anjing, Siwon Tarik Diri Bersama Super Junior - K Pop | mStar

Kerana Anjing, Siwon Tarik Diri Bersama Super Junior

Diterbitkan: Rabu, 1 November 2017 5:00 AM

Siwon tidak akan bersama Super Junior bagi kemunculan semula kumpulan itu pada November ini.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dan pelakon Choi Siwon tidak akan kembali bersama Super Junior bagi kemunculan semula kumpulan itu pada awal bulan hadapan.

Allkpop melaporkan keputusan untuk tidak bersama Super Junior dilaporkan ada kaitan dengan insiden kematian jirannya akibat digigit anjing peliharaan keluarganya.

Sejak kejadian itu, Siwon mendapat pelbagai kecaman daripada peminat malah ada yang memintanya agar bersara daripada dunia hiburan dan meminta dia bertanggungjawab atas kematian jirannya itu.

Bagaimanapun syarikat pengurusan Siwon tidak mendedahkan punca sebenar artis mereka itu menarik diri namun memohon maaf kepada semua peminat.

Selain kemunculan semula, Super Junior juga akan melancarkan album terbaharu mereka yang berjudul Play pada 6 November ini dan mengadakan konsert pada Disember depan.

Tags / Kata Kunci: Siwon , Super Junior

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan