Kangnam Dedah Punca Putus Dengan UEE - K Pop | mStar

Kangnam Dedah Punca Putus Dengan UEE

Diterbitkan: Ahad, 29 Oktober 2017 5:00 AM

Kangnam dan UEE sibuk dengan penggambaran drama membuatkan hubungan mereka putus. Foto: SOOMPI.

(Ubah saiz teks)

KETIKA sesi fotografi dan temu bual bersama BNT baru-baru ini, Kangnam terbuka bercerita mengenai kisah cinta terdahulu dengan UEE.

Menurut Kangnam, hubungan mereka berakhir disebabkan kesibukan jadual dan UEE tertekan selepas kisah cinta mereka jadi bualan.

"Kami sibuk dengan drama dan berasa tertekan dengan berita hubungan cinta yang tersebar, jadi kami berpisah.

"Secara peribadi, saya bukan seorang yang sorok hubungan dan saya tak kisah jika kantoi. Tapi, saya sedar pihak sana anggap ia memenatkan.

"Saya minta maaf kepadanya," luah Kangnam menerusi laporan Soompi.

Tags / Kata Kunci: UEE , Kangnam
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan